Selasa, 27 Desember 2011

kemahiran dalam bahasa arab

BAB II
PEMBAHASAN
A.     Kemahiran dalam Bahasa Arab
kemahiran berbahasa meliputi beberapa komponen,diantaranya yaitu kemahiran mendengar, ,membaca.
1.             Kemahiran mendengar
           Menerima mesej/mendengar mesej yang disampaikan oleh penyampai dan memahaminya.
Menurut kajian , 45% dari masa berkomunikasi pengurus adalah masa untuk mendengar, 30% untuk bercakap, 16% untuk menulis dan 9% untuk membaca. Ini menunjukkan bahawa mendengar adalah satu bahagian yang amat penting dalam kehidupan.
Pertama yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah kemahiran mendengar,sebab kemahiran mendengar merupakan kompunen kemahiran berbahasa yang pertama dikuasai oleh seorang pelajar terutama pada kana-kanak.Dan adapun penguasaan komponen bahasa yang lain seperti bertutur,membaca dan menulis tergantung pada kemahiran mendengar.Untuk itu kemahiran mendengar harus di beri penekanan dalam proses belajar mengajar.karena ia merupakan asas pada kemahiran bertutur,membaca dan menulis.Wolff mSenyatakan bahwa kemahiran mendengar perlu dilatih dengan sebaik-baiknya,karena kemahiran mendengar mempunyai daya kekuatan yang akan menjadikan ilmu pengetahuan dan kemahiran berbahasa yang lain.
            Konsep Kemahiran Mendengar dalam pembelajaran bahasa ialah mendengar secara aktif terhadap apa yang di pelajari serta berusaha memahami sebutan dan maknanya dengan jelas. Proses pemahaman di kalangan kanak-kanak bermula daripada kemahiran mendengar pertuturan orang di sekitarnya. Kemudian bahasa itu akan mereka kuasai secara beransur-ansur dan seterusnya.Dalam pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting.Dengan kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengar betul dan jelas.Kemampuan mendengar yang baik akan sangat membantu seorang pelajar atau anak-anak dalam hal apasaja. Dengan didukung oleh aspek penggunaan alat bantu mengajar,kemahiran ini akan lebih berkesan dan afektif jika alat seperti pita rakaman,slide video, persembahan powerpoint dan lain-lain digunakan.Melalui alat bantu ini, isi pengajaran seperti sebutan huruf, cara pengucapan kalimah,makhraj huruf dan sebagainya dapat disampaikan dengan berbagai variasi.Suasana ini akan menarik perhatian serta minat pelajar untuk terus mengikuti dan menguasainya dengan mudah tanpa ada rasa malas dan jenu.
            Mendengar bukan merupakan satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca dan menulis. Namun demikian,pelajar menggunakan alat pendengar secara aktif kerana mereka sentiasa berhubung dengan rakan-rakan di sekolah. Untuk menjadi pendengar yang baik, perlakuan dan sikap yang baik juga penting. Kita perlu mengetahui kekurangan keupayaan kita mendengar agar kita dapat mengetahui kekurangan dan dapat memperbaiki kekurangan tersebut.
Mendengar sekurang-kurangnya melibatkan tiga perkara yaitu:
Ø  Mendengar .
Ø  Memahami.
Ø  Menilai
Mendengar
Mendengar bermakna memberikan perhatian kepada perkara yang disampaikan oleh penutur. Sebagai contoh,kita kita mendengar laporan tentang kuda belang dan pelajar memaklumkan bahawa setiap kuda belang adalah tidak sama. Jika kita dapat menyatakan fakta itu semula bermaksud kita telah pun mendengar apa yang disampaikan.


memahami
Memahami Bahagian berikutnya yang berlaku selepas mendengar ialah kita mengambil perkara yang telah kita dengari dan memahami dengan cara kita sendiri. Sebagai contoh, setiap kuda belang adalah tidak sama. Kita mungkin berfikir bahawa ia adalah merujuk kepada corak belang yang terdapat pada setiap kuda tersebut.
Menilai
Setelah kita memahami perkara yang disampaikan oleh penutur,kita mula memikirkan sama ada kita hanya menerimanya tanpa berfikir. Dengan maksud lain. Kita membuat penilaian terhadap perkara yang kita dengar.
B.     KONSEP MENDENGAR
Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia,yaitu telinga. Kemasukan input bahasa adalah penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Mendengar membantu pendengar untuk memahami fakta dan idea yang diujarkan oleh penutur.
C.    PROSES MENDENGAR
Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:
a). Mendengar deretan bunyi bahasa adalah Individu mendengar bunyi dari unsur- unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat
didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat
permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang
dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu
didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.
b). Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur,
pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi
tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang
dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan.
Proses ini yang berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.
c) Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan
deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang
lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang
tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi
lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata,
pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang
dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat
nterpretasi daripadanya.
d) Bertindak terhadap bunyi bermaksud peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
D.    FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENDENGARAN
Mendengar merupakan aktiviti rutin bagi semua manusia. Sama ada kita suka atau tidak, kita akan terus mendengar kerana alat peneriamaan manusia berfungsi tanpa had. Jester itu keupayaan mendengar bagi pelajar sekolah perlu dieksploitasikan sebaik mungkin agar mereka akan menguasai kemahiran mendengar.
Kemahiran mendengar hendaklah dilaksanakan bersama-sama kemahiran yang lain. Murid tidak diminta untuk mendengar sahaja sepanjang masa tanpa melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bahan yang dipergengarkan. Kemahiran ini perlu dijalankan dan dihubungkan dengan kemahiran pengajaran,penumpuan dan peruntukan masa yang lebih banyak perlu diberikan pada aspek lisan. Namun begitu terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran mendengar. Antaranya adalah:
Ø  Perubahan respon
Ø  Fikiran tertutup
Ø  Kebosanan

2.                  Kemahiran membaca
Goodman (1973) menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehingga terbentuklah makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan.Kemahiran membaca merupakan salah satu komponen kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluas pemikiran dan ide serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam berbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang untuk menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.
Membaca berbeda daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menguraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menguraikan pertuturan itu kepada pemikiran. Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas untuk mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan saja dianggap sebagai asas utama bagi pencapaian kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya peringkat yang lebih tinggi.Jenis peringkat membaca terdapat empat jenis peringkat membaca yaitu:
  • Bacaan mekanis (bersuara)
  • Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)
  • Bacaan intensif (mendalam) dan                                        
  • Bacaan ekstensif (meluas)
Tujuan membaca
 Tujuan membaca mekanis:
a)                  Membolehkan murid-murid membaca dengan cepat dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
b)                   Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
c)                   Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul.
d)                  Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran yang lain.
e)                   Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan untuk membaca bersuara.
 Tujuan membaca senyap:
a)    Melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendir
b) Melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya.
c)    Melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
e) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.
Tujuan Bacaan Intensif
b)  Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
c)  Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang bertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
d)    Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
e)  Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehkan daripada bahan-bahan yang dibaca.
f)    terkesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.
Tujuan Bacaan Ekstensif :
a) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung dari orang lain.
b) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka     pelajari.
c) Memperkaya bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain.
d) Menambah minat membaca
e) Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca.
f) mengembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik dalam bentuk prosa  atau puisi.


3.         Kebaikan dan kelemahan mendengar dan membaca
Kebaikan mendengar dan membaca
1.      Metode ini mengajarkan kemampuan membaca anak didik dengn lancar dan fasih sekaligus kemampuan percakapan,dan banyak latihan-latihan dialok dan menulis (dikte)
2.      Siswa menyimak kesalahan bacaan dan percakapan dari guru atau teman sekelasnya,untuk kemudian di ubah dan di perbaiki letak-letak kesalahannya itu.
Kekuragan/kelemahan mendengar dan membaca
1.      Metode ini memerlukan kesungguhan dan kelebihan (profesional) dari pihak guru.Disamping perencanaan dan waktu harus matang.
2.      Pada tingkat-tingkat pemula (pertama) metode ini masih sulit diterapkan,terutama bagi anak-anak yang belum memiliki bekal (basic) bahasa asing yang cukup memadai,sebab itu perlu memotifasi anak didik secara komunikatif
3.      Kalau seri-seri pelajaran tidak disusun dan direncanakan sedemikian rupa,maka pelajaran dan penguasaan materi bagi siswa menjadi mengambang; misalnya materi pelajaran membaca diberikan sedikit,juga percakapan pu serba tanggung.oleh sebab itu,pengaturan waktu dan materi hemdaknya diatur sedemikian rupa,sehingga keduannya dikuasai.





BAB III
PENUTUP
A.    Kesimpulan
Kemahiran mendengar adalah asas dari pada kemahiran berbahasa yang lain.dan dalah satu persepsi orang ramai terhada kemahiran mendengar ialah bahwa kemahiran mendengar boleh dikuasai dari semula kita dilahirkan.persepsi negatif ini muncul dikalangan halayak ramai dengan sendirinya.Akan tetapi sebaliknya kemahiran mendengar harus dilatih khusus agar dapat memaksimalkan kekuatan kemahiran mendegar terutama dalam hal belajar mengajar.
Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur, Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan. Membaca dapat membantu memperluas pemikiran dan ide serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam berbagai bidang.
B.Saran
Tujuan kami kelompok II (dua ) membuat makalah yang berjudul”metode mendengar dan membacasudah barang tentu belum mendekati kesempurnaan.Oleh karena itu,kami kelompok II (dua) sangat mengharapkan kepada para pembaca terutama kepada Bapak/ Ibu Dosen agar dapat memberikan sungbangsi berupa kritikan dan saran yang halus demi untuk mencapai kesempurnaan makalah ini di masa mendatang.








DAFTAR PURTAKA

Dr.Ismail Abas,Fadzilah Mustafa,Abu Hisham Yusof ( 2007).“Pengenalan Pendidikan Islam”. Seri Kembangan : Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Ustaz Wan Nordin bin Wan Abdullah (2007).“Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab”. , Seri Kembangan : Meteor Doc.Sdn.Bh
Hanapian Sudin (1982),Pengajaran–Pembelajaran Lisan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar